My photo
Assalamualaikum , People might think I blogging to get attention. Please open up u'r mind. I blogging about my experince and many more. So , this is my blog. I just be myself. Got problem with that! Haaa??!!! FYI I'm a monster ok?! :P Beware !

November 14, 2013

The first time as SBPI Batu Rakit student...

A S S A L A M U A L A I K U M ,
hi onion head

21.AUGUST.2013 merupakan titik permulaan dengan jantung yang berdebar aku melangkah masuk ke SBPI Batu Rakit. Lol like seriously aku ex SMK RAJA ALI? Still can't believe it right now.So the first day aku masuk. I was like besar jugak sekolah dia. Ok then tak besar mana luar nampak besar but padang dia gila besar boleh jatuh rahang kalau berlari satu padang semua tu *ayat poyo* First day datang aku exam ARab. What the _____ memang taklah so the first week exam dekat sana. So good aku ada 4 fail. Aku tak pernah fail seumur hidup sampailah baru masuk sanahell yes onion head k takpe sebab aku ade tak blaja beberapa bab lagi,. Hahahaha , okay serba sedikit dekat sana. Macam sekolah lain ada 4 warna rumah sukan . Biru merah hijau kuning. AKu rumah Biru. Waw! For the first time aku rumah Biru kalau tak dulu aku asyik rumah kuning je dari darjah satu sampai form4 sampailah aku masuk sini. Lol Sini agak islamic ehh bukan agak memang. Kuat islamic dia ;) So , bangunan asrama dia floor ikut warna , kalau biru satu tingkat tu biru , katil , cadar , sarung bantal , bilik air semua biru , rak kasut dengan pintu pun. Serious tak tipu. Hahahah tapi aku tumpang rumah merah sebab penuh ade lah cerita dia panjang malas nak buat ringkasan. So banyak dah terjadi kat sini malas ahh nak cite sebab macam macam terjadi. so just nak ringkaskan cerita segala pengalaman banyak memberikan kita pengajaran. Like I said before sebelum aku nak pindah sini aku nak ' kutip ' pengalaman baru. And nilah yang aku dapat. Betul cakap orang , bermacam macam perangai manusia dekat muka bumi ni. Yang aku tak sangka ada pun ada. Like seriously ade manusia yang perangai macam ni? bird onion head biarlah persediaan sebelum masuk U cehh perasan sangat lah . So Haritu ada exam last year. Fuh fuh saingan beb saingan , Nak kate aku study gila tak sangat sebab certain subjek je aku bgn awal pukul 4 pagi nak belajar itu pun tersengguk sengguk , siapalah tak mengantuk kalau baca buku sejarah macam tukan?falling asleep onion head. So study jugak nak buat macam mana. Arghhh and finally Alhamdulillah aku takde fail. cool onion head haaaa tapi bagus jugak dapat sekolah jauh jauh sebab boleh balik KL naik flight. Hahahaha seronok bohhh but agak malu naik flight pakai baju sekolah. 


                          So, flashback to the first week dekat sana * baru teringat* Gilaaaa! Aku tak percaya aku cengeng. Malunyaaa menangis ohh I hate when I cry. First week aku pun tak tahu kenapa aku menangis dan menangis aku tanya orang lain dorang kata " Alahh biasalah tu homesick mula mula macam tulah lama lama takde dah" And I was that time no way! Mana boleh lama lama takde ini baru first week macam mana for 1 year for the next year? Betul kata Tieya masa mula muladia masuk asrama dulu dia asyik pikir macam manalah mak dia kat rumah sehat ke , kalau ada orang jahat macam mana and that time aku ejek dia and Now YES!!! I know that feeling, Perasaan takut sentiasa menyelubungi. Lagi lagi aku simpan gambar muka ayah aku dalam dompet , Ade ke time exam addmath aku tengok dompet then tiba tiba air mata mengalir! What on earth with those tears!!!!crying3 onion head Bayangkan mase tengah jawab simultaneous Equations addmath soalan 1 tu aku buat drama hindustan pulak aku , meleleh air mata dah lah takde tisu terpaksa tahan kang ade jugak air yang keluar dari hidung tu kang. Macam budak kecik je menangis. Haih malu den bila ingat balik. Then lepas seminggu oklah . Wahhh what a beautiful err beautiful what? -.- Masa tu punyalah aku tekad aku taknak belajar jauh dari mak aku dah  , nak blaja elok elok sekali -.-  Hampeh betul aku ni. So tup tup dah habis dah sekolah tak sangka . Haaa!! Hari tu ade aktiviti penyembelihan ayam . Yerrrrrrrr aku sembelih ayam! Can't believe! yey! Aku buat perkara yang jarang perempuan buat. Hahahaha masuk dalam list! Lol . Like seriously orang pegang ayam, aku pengang pisau pegang leher dia dan sembelih. That ayam tutup mata dan the blood meleleh merah. pekat! Then aku lulus. Hahahaha urat halkum denga  urat apa tah berjaya diputuskan. Dah lah masa aku sembelih ustaz cakap lagi lagi aku rasa macam leher ayam tu nak tercabut dah. But then aku berjaya sebagai perempuan Hahahaa hehe onion head . Okay rasa macam dah banyak sangat aku membebel. Inilah ringkasan selama 2 bulan 10 hari aku dekat SBPI BATU RAKIT. Tapi ringkasan yang tak cukup isi . Banyak isi tertinggal tapi malas. Dah melebihi had perkataan. So karangan aku ni tak cemerlang, Hahah skema molek Opsss! speaking ganu dohh ehhh. Hahaha ok jari rasa macam nak tercabut dah adios peeps. Assalamualaikum bye1 onion head

August 16, 2013

Pertukaran

A S S A L A M U A L A I K U M

Dalam kehidupan kita , mesti kita nak sesuatu. Dan kadang kadang kita tak dapat. Mungkin itu yang terbaik atau pun tidak. Aku pernah dengar , Bila kita tak dapat sesuatu yang kita nak , jangan kecewa.K mestilah kecewa sikit. Tapi sabar , mungkin itu bukan rezeki kita. Siapa tahu Allah simpan rezeki kita dekat tempat lain ke kan? I just think that way. kalau aku takde rezeki dengan apa yang aku nak , aku akan pikir rezeki aku mungkin masa SPM nanti siapa tahu, asalkan terus percaya dan berdoa serta usaha. Ceh aku usaha lah sangatkan.

So the story macam ni , awal tahun 2013 aku form4 Dalam hati aku sangat berharap dapat pindah sekolah. I don't why , maybe aku tak suka sangat sekolah aku Raja Ali tu. Sebab awal tahun dah kena marah dengan warden. hehehe Yes and batch aku ramai yang stress semua nak pindah sebab asyik kena attack. Semua yang kiteorg buat semua tak kena. That's what we think . Tapi dah biasa sangat dah. Well , aku harap dapat pindah sebab nak rasa pengalaman baru and then aku tak nak amek Arab masa Form4 . 11 subjek ! Susah . Tak nak! Tapi wajib amek sebab budak asrama / kelas Azam. Tak boleh keluar . Arghh!! That feeling macam nak -__________-

Punya lama tunggu sampai bulan Februari , K takdapat jugak . Kawan aku semua kata aku takkan pindah. tengok muka memang takkan pindah. Muka Raja Ali dorang kata. Hahahaha! So , aku amsuklah segala apa yang ada , Hoki , memanah , kawad bomba dekat sana. Seronok!! And then Mrsm pun tak dapat. Geram nyaaa keputusan PMR aku layak ape nak masuk sana. Asal tak dapat. Membara betul . Orang lain yang dapat ! ish!!! Aku memang tak nak amek Arab. kawan aku tanya " asal kau tak nak amek? Membazir je Arab PMR kau A " Aku cakap " arab PMR dengan SPM jauh beza. SPM punya susah" Then dia reply " Alahh kau susah susah boleh jugak, Trylah dulu" Then aku buat muka asam keping je. Punyalah lama lama bulan bulan akhirnya aku dapat terima Arab dengan hati terbuka. 11 subjek . I take the challenge.

Sebab? Aku rasa bila aku amek Sains dengan agama rasa macam special case sikit. Hahaha, Banyak aku amek banyal;ah peluang. ramai yang amek bio di malaysia tapi tak ramai amek Arab berbanding dengan Bio. So I see the point there. Sampailah masuk bulan enam. Okay cuti bulan enam. Fazlin my friend kata boleh buat rayuan hantar dekat pejabat SBP tu . Mesti dapat. So aku hantar rayuan satu sekolah dengan dia dekat Terengganu. Dekat Setiu. Then setiap hari time cuti aku bukak peti surat kot2 dapatlah surat tawaran Ecehhh. Sekali harapannnn T__T

Kemudian tibalah sebulan lepas itu dimana aku dah accept Raja Ali. Banyak kenangan sangat dekat sekolah ni. 4 tahun kot. Dahlah jadi pengawas. Hahahaha , Sampailh cuti Raya. Yey!! August 5th 2013 lepas berbuka puasa means lepas solat maghrib tengah sembang dengan family tiba2 ayah masuk rumah lepas pi majid dia cakap " tawaran kemasukan SBP" Terus berpaling kepala aku 90 darjah. Terhenti terus mulut aku yang tengah kunyah makanan. Terkezzzzuut makkk!!! Terus ku ambil suratnya. tak berkelip mata aku baca. Nak senyum pun tak sedih pun ada entahlah. Aku rasa dah jadi macam orang jahat dalam Sinetron tu bila dia senyum. Senyum kemenangan. Tapi sedih pun ada . kena lepaskan Raja Ali .

Apa yang kena lepaskan? Aku kena lepaskan segalanya. memanah yang aku dah bina selama 4 tahun , Aku punya hoki walaupun baru tahun nie masuk dah dapat jadi wing. hahahaha . Aku punya kawad bomba. Ciss! Dah dapat jadi KK Bomba dah tahun depan tapi kena lepaskan. Aku dah jadi Exco Disiplin pengawas still kena lepaskan jugak! Arghhhh!!! Takpe takpe , untuk mencapai sesuatu kita kena lepaskan sesuatu. I take the challenge. * ayat sama * Tak merasa nak jadi Exco kat Asrama. Huaaaaaaa!!!! Nak pakai blazer pengawas. K sedih k sedih . Kena pindah Terengganu. Jauh nun disana . Aku jadi gadis pantai timurlah nanti . Hehehehehe , alahhhhh nanti susah nak balik KL . Acano nie? Hmmmm whatever it is wish me luck for the new school . Aku dapat SBPI Batu Rakit , Terengganu. So , my life at Terengganu will  begin soon . Berkat kesabaran aku menunggu SBP I think?? Ya think?? :P

K that's all for now. Wa chaww lu beb . 



my new life will begin .......